Showing posts with label Nasi Arab. Show all posts
Showing posts with label Nasi Arab. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

Korban 1436H


Lembu korban
Korban 1436 Hijrah
 
Alhamdulillah, pada tahun ini dapat bersama-sama keluarga melaksanakan ibadah korban di kampung. Saya dan isteri serta keluarga telah berkongsi seekor lembu bagi ibadah korban ini. Sesudah menunaikan solat sunat Aidiladha, sedikit jamuan secara potluck diadakan oleh penduduk kampung. Lebih kurang jam 9:30 pagi upacara korban dimulakan. Dua ekor lembu dan seekor kambing menjadi korban penduduk kampung untuk tahun ini. Sekitar jam 12:30 tengahari urusan pembahagian daging korban kepada semua penduduk kampung selesai.
 
 
 
 
Nasi Arab bersama Sup Arab
 
Nasi Arab Majboos
Sup Waslah
Bagi hidangan makan malam, nasi arab telah menjadi menu pilihan utama. Oleh kerana cara penyediaan yang mudah dan rasanya yang enak, Pes Nasi Arab Arabian Kitchen menjadi pilihan. 1kg Yemeni Mendhi dan 1kg Qatari Majboos digunakan untuk hidangan tersebut. Ayam dimasak bersama kedua-dua pes nasi arab tersebut. Tulang beserta sedikit daging korban pula dibuat sup. Pes Sup Waslah digunakan untuk penyediaan sup arab ini. 

 

 
 

Friday, 18 September 2015

Cara Penyediaan Nasi Arab

Rendam beras/Panaskan Pes
 Nasi Arab

Cara-cara Penyediaan:
  1. Basuh dan rendam beras selama 30 minit.
  2. Masukkan PES YEMENI MENDHI / PES QATARI MAJBOOS / PES MESRI BOOKHARI dan rempah yang disediakan ke dalam air 700ml (untuk beras 1/2 kg) dan panaskan sehingga mendidih.
  3. Tapiskan beras dan masukkan ke dalam didihan Pes tadi.
  4. Biarkan nasi menjadi kering.
  5. Tutup selama 15 minit dan siap untuk dihidangkan.
Nasi Arab dimasak bersama ayam
Sos Tomato:
  1. Sediakan 5 biji tomato, 5 batang cili padi, 2 tangkai daun parsley/ketumbar dan setengah sudu kecil garam.
  2. Kisar tomato sehingga hancur. Kemudian masukkan semua baki ramuan serentak, kisar sekejap.
  3. Siap dihidang. 


Nasi Arab beserta sos tomato dan salad


Sup Arab
 
Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan 1 liter air rebusan kambing/ayam.
  2. Masukkan PES SUP WASLAH.
  3. Tunggu hingga mendidih dan masukkan kambing/ayam yang telah direbus.
  4. Tunggu sehingga daging empuk dan sedia untuk dihidangkan.

Pes Nasi Arab

Pes Nasi Arab, keluaran Arabian Kitchen menjadi salah satu pilihan produk sejuk beku oleh Alpinia Frozen. Ia menjadi pilihan kerana sesuai dengan taglinenya "Senang Disediakan, Enak Dimakan". Cara-cara penyediaan juga telah disertakan dibungkusan pes jadi ia memudahkan orang ramai menyediakan hidangan nasi arab walaupun untuk pertama kali. Terdapat 3 pilihan nasi arab iaitu Yemeni Mendhi, Qatari Majboos dan Mesri Bokhari. Setiap pes disertakan bersama beras basmathi. Terdapat juga pes Sup Waslah untuk penggemar sup ala-ala arab.

Senarai Harga Per Set:
  • Yemeni Mendhi 1 kg - RM32.00
  • Yemeni Mendhi 1/2 kg - RM18.00
  • Qatari Majboos 1/2 kg - RM19.00
  • Mesri Bokhari 1/2 kg - RM19.00
  • Sup Waslah 1/2 kg - RM14.00