Friday, 25 December 2015
Wednesday, 23 December 2015
Testimonial Otak-otak Popia
Testimonial Puan NS. Beli otak-otak popia frozen kemudian menjual yang siap digoreng.
Sekelip mata licin!
Wednesday, 9 December 2015
Saturday, 5 December 2015
Uniform Sekolah Miracle Caliph
Mengapa bayar lebih jika boleh dapatkan dengan harga yang jauh lebih rendah dengan kualiti dan material yang sama.
Uniform sekolah Miracle Caliph menggunakan kain Cotton Pantex yang kebiruan nila serta sejuk dan tidak panas.
Dijual berasingan jadi boleh pilih ikut saiz bahu dan pinggang mengikut keselesaan saiz anak-anak. Keluaran bumiputera dan apa yang penting tiada GST.
Jimat belanja, jimat masa dan jimat tenaga. Dapatkan uniform sekolah Miracle Caliph di butik Fidanie Fashion, C-5-G Bangi Gateway atau hubungi 018-2000964 untuk pertanyaan/tempahan.
Uniform sekolah Miracle Caliph menggunakan kain Cotton Pantex yang kebiruan nila serta sejuk dan tidak panas.
Dijual berasingan jadi boleh pilih ikut saiz bahu dan pinggang mengikut keselesaan saiz anak-anak. Keluaran bumiputera dan apa yang penting tiada GST.
Jimat belanja, jimat masa dan jimat tenaga. Dapatkan uniform sekolah Miracle Caliph di butik Fidanie Fashion, C-5-G Bangi Gateway atau hubungi 018-2000964 untuk pertanyaan/tempahan.
Friday, 27 November 2015
Penghantaran - 24 November 2015
Alhamdulillah, Alpinia Frozen menerima tempahan oleh ibubapa daripada sebuah taska di Taman Lestari Putra. Terima kasih diucapkan kepada "teacher" yang telah mengambil pesanan ini.
Sunday, 27 September 2015
Korban 1436H
![]() |
| Lembu korban |
Alhamdulillah, pada tahun ini dapat bersama-sama keluarga melaksanakan ibadah korban di kampung. Saya dan isteri serta keluarga telah berkongsi seekor lembu bagi ibadah korban ini. Sesudah menunaikan solat sunat Aidiladha, sedikit jamuan secara potluck diadakan oleh penduduk kampung. Lebih kurang jam 9:30 pagi upacara korban dimulakan. Dua ekor lembu dan seekor kambing menjadi korban penduduk kampung untuk tahun ini. Sekitar jam 12:30 tengahari urusan pembahagian daging korban kepada semua penduduk kampung selesai.
Nasi Arab bersama Sup Arab
![]() |
| Nasi Arab Majboos |
![]() |
| Sup Waslah |
Bagi hidangan makan malam, nasi arab telah menjadi menu pilihan utama. Oleh kerana cara penyediaan yang mudah dan rasanya yang enak, Pes Nasi Arab Arabian Kitchen menjadi pilihan. 1kg Yemeni Mendhi dan 1kg Qatari Majboos digunakan untuk hidangan tersebut. Ayam dimasak bersama kedua-dua pes nasi arab tersebut. Tulang beserta sedikit daging korban pula dibuat sup. Pes Sup Waslah digunakan untuk penyediaan sup arab ini.
Tuesday, 22 September 2015
Penghantaran - 22 September 2015
Penghantaran pesanan pada 22 September 2015
Sempena Hari Raya AidilAdha yang akan disambut pada 24 September 2015, Alpinia Frozen menerima tempahan daripada beberapa pihak. Salah satunya ialah daripada sebuah pejabat yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Sebenarnya, Alpinia Frozen telah beberapa kali menerima tempahan daripada pejabat ini. Pilihan utama tempahan mereka semestinya Pes Nasi Arab. Ada juga yang menempah DimSum Siew Mai.
Oleh itu, satu penghantaran telah dibuat pada pagi 22 September 2015. Walaupun terpaksa melalui jalan yang sedikit sesak, Alhamdulillah sekitar jam 12 tengahari telah berada di lobi pejabat. Pesanan diserahkan kepada wakil mereka iaitu Encik Azim. Pihak Alpinia Frozen mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Encik Azim dan semua pembeli. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong Alpinia Frozen.
Berikut ialah senarai pesanan:
- Pes Yemeni Mendhi 1kg - 8 set
- Pes Yemeni Mendhi 1/2kg - 6 set
- DimSum Siew Mai - 2kg
Sunday, 20 September 2015
DimSum
![]() |
| DimSum Siew Mai |
DimSum adalah produk pilihan utama produk sejuk beku Alpinia Frozen. Pada mulanya hanya ingin merasa dan setelah mendapati rasanya yang lazat, ia telah memberi idea untuk sama-sama berkongsi dengan orang ramai. Bukan sahaja lazat tetapi ia juga pilihan yang lebih berkhasiat kerana disediakan dengan cara mengukus. Apa yang lebih penting ia diperolehi dari pembekal bumiputera yang dijamin halal. Oleh sebab itu, Alpinia Frozen telah dilantik sebagai ejen dimsum_lovers untuk kawasan Cyberjaya.
DimSum Siew Mai terdapat 3 perasa pilihan iaitu ayam, ketam dan udang. Sos masam manis disertakan bersama. Bagi memenuhi keperluan dan bajet pembeli, ada 3 pilihan pembungkusan iaitu 250g, 500g dan 1kg. Berikut ialah senarai harga mengikut berat:
- 250g - RM12.00
- 500g - RM23.00
- 1kg - RM45.00
![]() |
| DimSum Siew Mai siap dimasak |
![]() |
| Premium Set |
- 2 ketul dumpling campuran udang & ayam
- 2 ketul campuran ayam cincang & sayur in a bag
- 2 ekor sotong sumbat (isi udang)
- 2 ketul kuning telur
- 3 ketul Siew Mai (ketam, ayam dan udang setiap satu)
- 1 ketul kekapis (scallop)
- Sos hitam dan sos masam manis
![]() |
| Premium Set yang telap dimasak |

Pertanyaan/Tempahan Whatsapp: 018-2000964
Friday, 18 September 2015
Cara Penyediaan Nasi Arab
![]() |
| Rendam beras/Panaskan Pes |
Cara-cara Penyediaan:
- Basuh dan rendam beras selama 30 minit.
- Masukkan PES YEMENI MENDHI / PES QATARI MAJBOOS / PES MESRI BOOKHARI dan rempah yang disediakan ke dalam air 700ml (untuk beras 1/2 kg) dan panaskan sehingga mendidih.
- Tapiskan beras dan masukkan ke dalam didihan Pes tadi.
- Biarkan nasi menjadi kering.
- Tutup selama 15 minit dan siap untuk dihidangkan.
![]() |
| Nasi Arab dimasak bersama ayam |
- Sediakan 5 biji tomato, 5 batang cili padi, 2 tangkai daun parsley/ketumbar dan setengah sudu kecil garam.
- Kisar tomato sehingga hancur. Kemudian masukkan semua baki ramuan serentak, kisar sekejap.
- Siap dihidang.
![]() |
| Nasi Arab beserta sos tomato dan salad |
Cara-cara Penyediaan:
- Panaskan 1 liter air rebusan kambing/ayam.
- Masukkan PES SUP WASLAH.
- Tunggu hingga mendidih dan masukkan kambing/ayam yang telah direbus.
- Tunggu sehingga daging empuk dan sedia untuk dihidangkan.
Pes Nasi Arab
Pes Nasi Arab, keluaran Arabian Kitchen menjadi salah satu pilihan produk sejuk beku oleh Alpinia Frozen. Ia menjadi pilihan kerana sesuai dengan taglinenya "Senang Disediakan, Enak Dimakan". Cara-cara penyediaan juga telah disertakan dibungkusan pes jadi ia memudahkan orang ramai menyediakan hidangan nasi arab walaupun untuk pertama kali. Terdapat 3 pilihan nasi arab iaitu Yemeni Mendhi, Qatari Majboos dan Mesri Bokhari. Setiap pes disertakan bersama beras basmathi. Terdapat juga pes Sup Waslah untuk penggemar sup ala-ala arab.Senarai Harga Per Set:
- Yemeni Mendhi 1 kg - RM32.00
- Yemeni Mendhi 1/2 kg - RM18.00
- Qatari Majboos 1/2 kg - RM19.00
- Mesri Bokhari 1/2 kg - RM19.00
- Sup Waslah 1/2 kg - RM14.00
Thursday, 17 September 2015
Pengenalan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Selamat datang ke blog Alpinia Frozen. Blog ini merupakan blog untuk pencinta-pencinta makanan sejuk beku (frozen food) terutamanya untuk penduduk sekitar Putrajaya/Cyberjaya, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dan Puchong.
Antara produk-produk sejuk beku yang terdapat di Alpinia Frozen ialah:
Pertanyaan/Tempahan Whatsapp : 018-2000964
Selamat datang ke blog Alpinia Frozen. Blog ini merupakan blog untuk pencinta-pencinta makanan sejuk beku (frozen food) terutamanya untuk penduduk sekitar Putrajaya/Cyberjaya, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dan Puchong.
Antara produk-produk sejuk beku yang terdapat di Alpinia Frozen ialah:
- Pes Nasi Arab
- Dim Sum
- Otak-Otak Popia
- Keropok Lekor
- Karipap
Pertanyaan/Tempahan Whatsapp : 018-2000964
Subscribe to:
Posts (Atom)































