![]() |
| Lembu korban |
Alhamdulillah, pada tahun ini dapat bersama-sama keluarga melaksanakan ibadah korban di kampung. Saya dan isteri serta keluarga telah berkongsi seekor lembu bagi ibadah korban ini. Sesudah menunaikan solat sunat Aidiladha, sedikit jamuan secara potluck diadakan oleh penduduk kampung. Lebih kurang jam 9:30 pagi upacara korban dimulakan. Dua ekor lembu dan seekor kambing menjadi korban penduduk kampung untuk tahun ini. Sekitar jam 12:30 tengahari urusan pembahagian daging korban kepada semua penduduk kampung selesai.
Nasi Arab bersama Sup Arab
![]() |
| Nasi Arab Majboos |
![]() |
| Sup Waslah |
Bagi hidangan makan malam, nasi arab telah menjadi menu pilihan utama. Oleh kerana cara penyediaan yang mudah dan rasanya yang enak, Pes Nasi Arab Arabian Kitchen menjadi pilihan. 1kg Yemeni Mendhi dan 1kg Qatari Majboos digunakan untuk hidangan tersebut. Ayam dimasak bersama kedua-dua pes nasi arab tersebut. Tulang beserta sedikit daging korban pula dibuat sup. Pes Sup Waslah digunakan untuk penyediaan sup arab ini.













