Penghantaran pesanan pada 22 September 2015
Sempena Hari Raya AidilAdha yang akan disambut pada 24 September 2015, Alpinia Frozen menerima tempahan daripada beberapa pihak. Salah satunya ialah daripada sebuah pejabat yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Sebenarnya, Alpinia Frozen telah beberapa kali menerima tempahan daripada pejabat ini. Pilihan utama tempahan mereka semestinya Pes Nasi Arab. Ada juga yang menempah DimSum Siew Mai.
Oleh itu, satu penghantaran telah dibuat pada pagi 22 September 2015. Walaupun terpaksa melalui jalan yang sedikit sesak, Alhamdulillah sekitar jam 12 tengahari telah berada di lobi pejabat. Pesanan diserahkan kepada wakil mereka iaitu Encik Azim. Pihak Alpinia Frozen mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Encik Azim dan semua pembeli. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong Alpinia Frozen.
Berikut ialah senarai pesanan:
- Pes Yemeni Mendhi 1kg - 8 set
- Pes Yemeni Mendhi 1/2kg - 6 set
- DimSum Siew Mai - 2kg

No comments:
Post a Comment